Google Search Appliance (GSA) untuk Perpustakaan UiTM

Wednesday, December 14, 2011

Unit Web di Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat , Perpustakaan UiTM sedang berusaha mepertingkatkan lagi perkhidmatan kepada penggunaa perpustakaan terutama melalui laman web bagi memudahkan lagi pengguna perpustakaan mencari maklumat terutama bagi bahan-bahan digital atau koleksi digital ada dibeberapa server diperpustakaan.
Oleh itu baru-baru ini pihak unit web telah menerima sebuah server Google Search Appliance (GSA) model GB-7007 setelah kertas kerja diluluskan dengan sokongan "benchmark" dari Perpustakaan Perdana http://www.perdana.org.my/  http://www.perdana.org.my/search?

Google Search Appliance (GSA) menyediakan carian pantas, carian yang relevan untuk intranet atau laman web kita. Sesuatu organisasi amat mudah untuk melaksanakan GSA bagi menyediakan organisasi kita membuat pencarian dokumen, boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus organisasi dan skala yang mudah tambah apabila kandungan dokumen bertambah.


Google Search Appliance membina seni bina berskala dan menambahciri-ciri baru yang utama di seluruh kualiti carian, kawalan akses dan sambungan.
Google Search Appliance (GSA) Model GB-7007 adalah server rak setebal (2U) perkakasan yang boleh dilesenkan untuk mencari sehingga 10 juta dokumen. Selain itu,  GB-7007s boleh bersama-sama untuk menyokong carian dokumen yang lebih besar, atau untuk mengintegrasikan carian di seluruh jabatan, geografi, atau laman-laman web. Berdasarkan kepada seni bina RAID dan dengan komponen "redundant", memberikan keupayaan "redundency".
Google-search-appliances
contoh rack : http://blog.tmcnet.com/blog/rich-tehrani/search/google-and-enterprise-search.html
Baru! GB-7007 kini menyokong  lesen dari 500,000  dokumen sehingga kepada 10 juta dokumen dengan satu server. Dengan platform tunggal menangani semua kandungan enterprise, organisasi dengan mudah boleh menaik taraf lesen mereka tanpa menggantikan atau menambah perkakasan atau perisian.
Perhatikan bahawa GB-7007 menggantikan GB-1001 untuk semua pelanggan baru yang berminat dalam lesen antara 500,000 dokumen hingga tiga juta dokumen. ini menyediakan kemudahan yang lebih cepat, seni bina yang lebih kukuh dengan mudah membuat skalaan tambahan  dengan tanpa kos perkakasan tamabahan.
maklumat lanjut :
http://www.google.com/enterprise/search/gsa.html
http://static.googleusercontent.com/external_content/untrusted_dlcp/www.google.com/en//enterprise/pdf/gsa_product_models.pdf


Posted via email from faizar's posterous

Panggilan ke Tanah Suci Makkah

Wednesday, October 19, 2011

Masjidilharam

Alhamdulillah, masa yang ditunggu akhirnya telah tiba. Berdebar-debar juga rasanya. Ikut jadual Insya Allah, saya Faizar dan isteri saya, Azizon akan bergerak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Haji dan juga akan ziarah ke Madinah, bandar Nabi s.a.w. Insya Allah bermula 19hb Oktober  hingga 12hb Disember 2011. 

Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang akan melaksanakan ibadah tersebut di tanah suci Mekah.

Doakan kami selamat pergi dan balik. Jika ditakdirkan kami ‘pulang menemui-Nya’ di sana, doakan agar kami ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat nikmat-Nya. Minta maaf atas salah silap selama ini. 

Posted via email from faizar's posterous

Foto sekitar Hari IT / InfoTech UiTM 2011

Hari_it2011

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011 

Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang 

Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam 

http://faizar.posterous.com/ptarhari-it-infotech-uitm-2011 

 

 

 

 

 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories