Terkini - Pengodam Laman Portal Malaysia Dikenal Pasti

Monday, June 20, 2011

Cybersecurity

PETALING JAYA: Polis telah memiliki maklumat penggodam-penggodam yang menyerang laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my pada Rabu lalu.


Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, maklumat lanjut mengenai serangan tersebut hanya dapat didedahkan setelah serangan penggodam berhenti sepenuhnya dan penyiasatan serta post-mortem dilakukan.

Menurutnya, laman www.malaysia.gov.my telah pun kembali pulih dan beroperasi seperti biasa.

Katanya, serangan penggodaman itu masih lagi berlaku tetapi pada kadar yang minimum berbanding sebelum ini.

"Kebanyakan laman web yang digodam telah pun kembali beroperasi. Hanya segelintir yang masih belum pulih dan kini di dalam proses pembaikan.

"Namun tiada apa-apa maklumat kerajaan atau data yang hilang, bocor atau dirosakkan oleh penggodam," katanya dalam satu kenyataan di sini , Jumaat.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Anonymous mendakwa kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

Mengenai jumlah laman web yang digodam, Husin memberitahu, bilangan masih berubah-ubah disebabkan oleh serangan yang masih lagi berlaku.

Tambahnya, atas sebab-sebab keselamatan, pihaknya tidak dapat menyatakan jumlah terkini laman web yang digodam.

"Kini, tumpuan diberikan kepada usaha-usaha membaik pulih laman-laman web yang digodam dan membantu mereka mengembalikan operasi laman-laman web seperti biasa," jelasnya.

Husin turut menasihati semua pemilik sistem, sama ada di sektor awam mahupun organisasi swasta agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan laman web mereka.

Ini kerana, katanya, ancaman penggodam bukan hanya tertumpu kepada laman-laman web milik kerajaan sahaja.

Mereka juga diminta supaya merujuk kepada CyberSecurity Malaysia, sekiranya laman web mereka digodam atau sekiranya mereka mengesyaki berlaku cubaan serangan.

Hubungi CyberSecurity Malaysia di Pusat Bantuan Cyber999 melalui saluran yang tertera di bawah:

E-mel : cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my

Nombor Telefon : 1-300-88-2999 (dipantau pada waktu kerja)

Faks : +603 89453442

Telefon bimbit : +60 19 2665850 (sepanjang masa)

Khidmat pesanan ringkas: CYBER999 REPORT ke 15888

Waktu kerja: Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

http://www.cybersecurity.my

http://www.cybersafe.my

Cyber999

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis telah mengesan pengodam a.k.a Anonymous laman web Malaysia  

Polis mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.

 “Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman web tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali Anonymous untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cops tracing source of hacker video message

The Star (15 June 2010)

PETALING JAYA: The Malaysian police have started investigations into who posted the YouTube video message allegedly from the Anonymous hacker group.

Asst Comm Mohd Kamaruddin Md Din, head of the CyberSecurity and Multimedia Investigation Di-vision, at the Commercial Division of the Royal Malaysian Police, said they would be liaising with the telecommunications industry watchdog.

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is the industry regulator.

"We have advised the relevant agencies involved to be alert following the threat," Kamaruddin said.

The video message posted yesterday said the hacker group was going to attack the www.malaysia.gov.my portal because the MCMC had banned several file-sharing websites, as well as for several other reasons. A similar message was also posted on another website.

CyberSecurity Malaysia, which is responsible for safeguarding the nation's borders in cyberspace, said it takes all cyberthreats seriously.

"We are aware of the hacker threat and we believe that the threat is real. We have alerted the relevant parties and government agencies," said Lt Col (Rtd) Datuk Husin Jazri, chief executive officer of CyberSecurity Malaysia.

It was learnt that a high-level emergency meeting took place yesterday between the relevant authorities, including the National Security Council and CyberSecurity Malaysia, over the threat.

http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2011/main/detail/2051/index.html

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Attack on govt website will be prevented, says Rais (Updated)
The Star (15 June 2011)

KUALA LUMPUR: The country's cyber security authorities are working towards preventing a planned attack on Malaysian government website www.malaysia.gov.my, said Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

However, he declined to elaborate on the preventive actions, saying that they were confidential.

A hacker group, calling itself Anonymous has threatened to launch the attack on the government's official website at about 3.30am Thursday.

The group said in a Youtube posting that it was acting against the various forms of censorship by the Malaysian government and the recent move to block 10 file-sharing websites.

Dr Rais added that the hacker group had misunderstood the government's intention in blocking the 10 filesharing websites.

"We do not have censorship, except when crimes are committed through cyberspace," he said, adding that the ministry was taking the threats very seriously.

Meanwhile, Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Khalid Abu Bakar said the police was aware of the hack threat and was working with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)to investigate the issue.

He added that there was a rise in cyber crimes including the misuse of the Internet for criminal activities.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah MCMC mengeluarkan kenyataan berkenaan halaman yang digodam semalam, kini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, iaitu Rais Yatim telah pun mengeluarkan kenyataan daripada pihak mereka, mengatakan sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini.

Menariknya berkenaan perkara ini adalah dimana lebih 90% daripada penggodamnya adalah dari dalam negara, iaitu dari Malaysia sendiri, dan bukannya pihak luar. Walaupun, kami di Amanz melihatnya ianya sebagai salah satu tanda protes keatas tindakan SKMM menghalang akses ke lebih 10 laman perkongsian tempatan, menurut pihak Rais Yatim, mereka percaya ianya bermotifkan politik serta pada masa yang sama bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama, ianya juga dikatakan yang mana kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, SKMM, MAMPU, dan agensi kerajaan yang lain mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan perkara ini.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, kumpulan pengodam yang dipanggil Anonymous telah menghantar mesej cabaran kepada kerajaan Malaysia dalam bentuk video dan juga sebuah imej, sebagai tanda lawan kerana penghalangan akses ke beberapa laman luar.

Posted via email from faizar's posterous

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories