BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB

Friday, December 14, 2012

800x600

Normal 0 false false false EN-MY KO X-NONE MicrosoftInternetExplorer4  

Cover

Pada tahun 2012  ini laman web jabatan versi Joomla perlu dikemaskini dari versi 1.5 kepada ke versi terkini disamping satu garis panduan laman web baru yang mahukan penambahbaikan laman web bagi membantu skor MyRA dan kemudahan maklumat untuk penyelidikan. Oleh itu satu bengkel laman web Siri ke 6 diadakan pada  12 - 14 Disember 2012 bagi mengemaskinikan laman web. http://library.uitm.edu.my/bengkelweb/

Bengkel diadakan di Pusat IT PTAR 1 http://pusatitptar1.blogspot.com/ yang disertai oleh perserta dari Perpustakaan Fakulti dan wakil dari setiap Jabatan serta Bahagian.

20121212_090750
20121212_090817
20121212_103618

Posted via email from faizar's posterous

Salam Maal Hijrah 1434

Wednesday, November 14, 2012



Salammaalhijrah


Sempena menyambut Awal Muharram 1434H  kami sekeluarga ingin mengucapkan salam maal hijrah 1434 kepada semua…. 

Semoga kedatangan tahun baru ini bakal memberikan sinar bahagia kepada semua umat Islam agar terus berjaya dunia dan kahirat..amin

Salammaalhijrah201434h600


"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Jom Hijrah
Posted via email from faizar's posterous

Idea Pencetus Inovasi - Bank Idea KPT

Tuesday, October 30, 2012

[[posterous-content:pid___1]]

Bank Idea KPT

Bank Idea KPT bertujuan mengumpulkan idea yang dicetuskan oleh para pelajar IPT, warga KPT dan seterusnya komuniti berkaitan isu pengajian tinggi negara. Isu tertentu akan dipaparkan setiap bulan di Inovasi@MOHE.
[[posterous-content:pid___0]]Bank Idea ini adalah langkah KPT bagi menggalakkan para pelajar IPT, warga KPT dan komuniti menyumbang idea melalui saluran yang betul dan dapat memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan pembudayaan inovasi dalam kalangan mereka. Panel penilai akan memilih lima idea terbaik pada setiap bulan dan idea tersebut akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan.

Baca maklumat lanjut ›

Terma dan Syarat
Kriteria Pemilihan Idea 
Cara Penyertaan

Terma dan Syarat

1. Terbuka kepada pelajar IPT, warga KPT dan komuniti yang berminat.
2. Penyertaan adalah secara individu
3. Peserta boleh memilih untuk menggunakan sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk menyumbang idea
4. Peserta hendaklah memastikan idea yang diberi tidak mengaitkan mana-mana pihak yang berkepentingan dan tidak ada unsur fitnah, lucah dan menghina, atau mengaitkan isu politik, agama, kepercayaan, keturunan dan sebagainya
5. Pihak KPT berhak menolak sumbangan idea yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti para 4
6. Panel penilai berhak menolak idea yang tidak asli atau plagiat
7. Pihak KPT pada bila-bila masa boleh mengubah atau membuat ketetapan lain terhadap terma dan syarat penyertaan ini

kembali ke atas

 

Kriteria Pemilihan Idea

1. Idea yang dipilih adalah berdasarkan ketulenan idea, kebolehlaksanaan, berimpak tinggi dan replicability dan berkait dengan isu yang diketengahkan dengan gaya penulisan yang baik
2. Lima(5) idea terbaik akan dipilih pada setiap bulan
3. Idea terbaik akan diumumkan melalui Inovasi@MOHE pada setiap bulan berikutnya
4. Pemilihan Panel Penilai adalah muktamad

kembali ke atas

Cara Penyertaan

1. Sampaikan idea anda kepada kami
2. Berdaftarlah untuk berpeluang memenangi hadiah yang menarik sekiranya idea anda dipilih

kembali ke atas

 

 

Idea Pencetus Inovasi

Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain dari pendidikan persekolahan dan pendidikan tertiari negara. Ia bakal menjenamakan rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan.

Bagi menggerakkan pembudayaan PSH, empat inisiatif yang disenaraikan di dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020 adalah seperti berikut:

1) Peningkatan mekanisme dan infrastruktur bagi PSH;

2) Peningkatan kesedaran awam dan penglibatan dalam PSH;

3) Kesinambungan dan penghayatan PSH; dan

4) Penyediaan sokongan kewangan bagi PSH.

Cadangkan program/aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menarik minat dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus belajar tanpa henti.

Isu bulan ini Pembelajaran Sepanjang Hayat  
Anda mempunyai idea mengenai isu ini? Kemukakan idea anda ke Bank Idea KPT , Inovasi@Mohe https://app.mohe.gov.my/cadangan/cadanganQ.php?i=1

http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/46-hebahan-kpt/1182-inovasimohe-bank-idea-kpt.html

Aktiviti Inovasi yang lain boleh ikuti:
http://www.myinovasi2012.com/

[[posterous-content:pid___2]][[posterous-content:pid___3]][[posterous-content:pid___4]]

 

 

 

 

 

Posted via email from faizar's posterous

Salam Aidiladha 1433H/2012M

Thursday, October 25, 2012

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada semua muslimin muslimat. Selamat menjalani ibadah qurban, dan semoga qurban kita tahun ini diterima Allah.

Semoga segala pengorbanan kita ikhlaskan agar mendapat keberkatan dan kemuliaan dari ALLAH SWT.

Rasanya tidak terlewat bagi saya mendoakan kepada semua jemaah haji, agar dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah di kota suci Mekah/Madinah dan semoga mendapat haji mabrur. Perbanyakanlah ibadah dan berdoalah memohon pada Allah serta bersabaralah menghadapi segala dugaan. Hanya Allah yang tahu apa yang baik untuk kita.

Terlalu pantas masa berlalu,  rasanya bagaikan baru semalam berangkat ke Tanah Suci Mekah , masih terpandang-pandang dan teringat segala peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah Haji di kota suci Mekah/Madinah tempoh hari. 

Tidak tergambarkan dengan foto-foto yang hanya menjadi kenangan ....

Perjalanan Ketanah Suci Mekah bermula

5.00pm bergerak ke Kompleks TH Kelana Jaya

5.30 pm sampai Kompleks Kelana Jaya jumpa sanak saudara

8.30 pm bergerak masuk check-in

10.15 pm taklimat

10.45 pm beratur naik bas

11.13 pm naik bas

12.14 pm sampai d KLIA

12.50 am masuk ke kapal terbang Saudi Arabian Airlines bagi penerbangan KT 60

1.30 am fly

9.30 am tiba d Lapangan Terbang Jedah

2.55 pm bergerak dari Jedah ke Mekah

4.25 pm tiba d Pilgrims Center dpt gift meal & Air Zamzam

5.00 pm Alhamdulilah sampai di Maktab 93, Rawdhat Al-Shouro, Bilik 0803 sebilik 4 orang

seterusnya mungkin di post-post akan datang

TaqabbalaLlahu minkum...

Posted via email from faizar's posterous

IBM Connections (Unleash Social Collaboration and Drive Business Productivity)

Friday, October 12, 2012

Pada17 Julai 2012 yang lalu saya  telah ke sessi IBM Connections POT (Unleash Social Collaboration and Drive Business Productivity) yang amat berguna  mana profile serta file sharing features ada disertakan pada versi Domino & Notes 8.5.3.

Bersama saya turut serta En Mohd Izwan Salim , pegawai EKMS (Enterprise Knowledge Mangement System) kami serta seorang pelajar praktikal KM dari UNISEL, Cik Munirah

Saya dapati ianya memang bagus jika dapat menggunakan Lotus Connections tersebut kerana kami dari PTAR telah menghadiri sesi  Unleash Social Collaboration and Drive Business Productivity pada 17 July 2012  lalu .

Kami boleh rasakan ia boleh menggantikan platform EKMS kami yang mengunakan teknologi lama, seawal 2004 (facado) rasanya dah samapai masa untuk dinaiktaraf - segala ciri-ciri dalam EKMS itu ada dalam IBM Lotus Connections terutama bagi document managemet dan lain-lain

http://www-01.ibm.com/software/my/lotus/products/connections/

http://www-01.ibm.com/software/lotus/products/connections/discover.html

 

Selain dari itu kami ada juga explore https://www.yammer.com/ ( telah dibeli oleh Microsoft) tetapi ciri-cirnya masih kurang  jika dibandingkan dengan  IBM Lotus Connections  kecuali jika disertakan dengan Sharepoint portal  http://sharepoint.microsoft.com

 

Selain dari itu kami ada juga lihat Liferay Portal Enterprise Edition http://www.liferay.com/

( Enterprise open source portal and collaboration software )

Liferay Portal juga ada ciri seperti Lotus Connection Knowledge Management

KnowledgeBase portlet for team-driven creation of content and knowledge stores (see Features for details)

Taxonomy (categorization) framework

Framework to add taxonomies to custom portlets

Web Content Management, Wiki, Knowledge Base Taxonomy-enabled

Category-based navigation

 

Posted via email from faizar's posterous

FOTO 1 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Monday, September 24, 2012

Pada 22 September 2012 (Sabtu) yang lalu satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)– TAUTAN KASIH anjuran Persatuan Pentadbir UiTM, Shah Alam telah diadakan di Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya, Banting, Selangor DE.

Program ini akan turut disertai oleh kumpulan CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM,Shah Alam, Kelab Kebajikan Bendahari dan beberapa kumpulan NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club),Mahasiswa PERKASA Selangor, serta disokong oleh Karangkraf ,Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak Enterprise, TV3. 

Program bermula dengan para perserta dari PPUiTM , CSR PTAR  berkumpul di hentian bas Kolej Seroja

Kemudian bas dan van yang membawa peserta bergerak ke Petronas,Kampung Medan, Telok Panglima Garang dimana disana telah menunggu segrombolan mat motor dari WAK JAWA CAFE,WJC Bikers Club serta sekumpulan polis trafik bagi mengiring perserta CSR PPUiTM ke  Rumah Penyayang Bestari di Kg. Sg. Buaya, Banting

Sepanjang perjalanan kami di iringi puluhan motor dari WAK JAWA CAFE,WJC Bikers Club serta lalu-lintas dikawal oleh sekumpulan polis trafik yang bergilir mengawal disetiap persimpang jalan. 

Diucapkan terima kasih kepada mereka semua bagi membantu memudahkan perjalanan program ini.

 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories