Pembukaan Radix Fried Chicken (RFC) di Shah Alam

Wednesday, February 22, 2012

Logo-rfc

Kewujudan RFC dalam industri makanan segera sebenarnya adalah untuk memberikan alternatif kepada syarikat yang sedia ada. Menggunakan slogan Segar, Organik dan Berkhasiat membawa maksud bahan mentah yang disediakan datang dalam bentuk segar dari ladang, boleh mengekalkan kesegarannya dalam jangka masa panjang. Organik bermaksud amalan memberikan makanan kepada sumber utama juadah di RFC, iaitu ayam organik dari sumber alami dan bebas daripada unsur-unsur bahan kimia yang memudaratkan. Begitu juga dengan sumber lain yang ditanam dengan kaedah ladang organik dan ditarbiah dengan ayat suci Al Quran. Berkhasiat bermaksud herba yang diadun sebagai bahan utama untuk menggoreng ayam dirumus menggunakan bahan alami yang mempunyai nilai kesihatan yang baik demi mempromosikan makanan dan minuman yang baik dan sesuai sebagai sumber tenaga seharian

Rfccawangan

Bagi negeri selangor tiga buah cawangan telah dan akan dibina iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh, Bandar Baru Bangi dan berkemungkin Gombak dalam masa terdekat

RFC di Seksyen 7 Shah Alam telah bermula 20/02/2012 beralamat di:
Radix Fried Chicken Sdn Bhd, 2 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 740000 Shah Alam

Namun pembukaan Perasmian RFC Shah Alam adalah pada hari ini 22 Februari 2012 jam 4 petang.



Maklumat terkini di:

Twitter: http://twitter.com/#!/RadixFC

Facebook: http://www.facebook.com/RadixFriedChicken

http://www.facebook.com/pages/RFC-Radix-Fried-Chicken/134100246608746

Google+: https://plus.google.com/104876115124196281082

http://duniaherbahpa.com/category/radix-fried-chicken/



0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories