ANNOUNCEMENT FROM MS ONLINE SYSTEM

Thursday, February 7, 2013

20130207malaysianstandarddown

Assalamualaikum wr.wbt/Salam Sejahtera, 

Dear MS Online Subsribers,

Due to technical problem,  we would like to inform that MS Online System is currently down. We are working to rectify the situation and hope to have it resolved soon.  Any updates will be informed via email. 

Any assistance or any required MS documents, kindly email us at msonline@sirim.my and we will respond to you as soon as possible. 

We apologize for any inconvenience caused.

----------------------------------------------------------------------

Sistem MS Online sedang menghadapi masalah teknikal dan gangguan pada server utama buat masa ini.  Kami sedang berusaha mengenalpasti masalah yang berlaku dengan kadar segera. Sebarang pemberitahuan akan dimaklumkan melalui email. 

Sebarang keperluan untuk dokumen MS,  mohon email ke msonline@sirim.my bagi membolehkan pihak kami menghantarnya dengan kadar segera. 

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

Marketing and Sales Section

Tel : 03 – 55446111 (Pn. Shamsidar Lokman)
 xxxx6118 ( Pn. Noor Rauna)
xxxx6357 (Pn. Bahiyah Edrak)
xxx6342 (Pn. Roslina Harun – Head of MSS)
Fax : 03 - 55446114
E-mail :  msonline@sirim.my
http://www.msonline.gov.my/ 

Posted via email from faizar's posterous

Pakar ICT Azli Paat Meninggal Dunia - Bernama

[[posterous-content:pid___0]]

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. 

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun. 

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. 

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. 

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok. 

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. 

Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. 

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. 

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari. 

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. 

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya. 

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PakarICTAzliPaatmeninggaldunia/Art...

http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=926624

 

Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.

Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.

Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh HeiTech Padu Berhad pada tahun 2010.

Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah ADACODE yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.

[[posterous-content:pid___1]]

Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.

Bernama Radio24′s ICT dan Anda segment renowned speaker Azli Paat, is thought to have passed away in his sleep,around 7.30pm today

— BERNAMA Radio24 (@bernamaradio24) February 6, 2013

http://amanz.my/2013/02/azli-paat-meninggal-dunia/

KUALA LUMPUR – Berita sedih untuk pendengar setia segmen “Azli On Air: ICT  dan Anda” yang ke udara setiap pagi di Bernama Radio (FM93.9).

Pendengar stesen radio dikejutkan dengan berita kematian pakar teknologi maklumat  (IT) terkenal Dr Azli Paat telah meninggal dunia pada malam ini.

Dr Azli  dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira 8 malam di rumahnya di Segambut.

Pengacara stesen radio dikenali sebagai Amar berkata menurut anak sulong mendiang, dia telah memberitahu bahawa dia berasa demam pada pagi tadi.

Difahamkan jenazahnya akan dibawa dan dikebumikan ke Batu Pahat, Johor esok.

Kematian Dr Azli merupakan kehilangan terutama kepada peminat yang mengikuti segmennya setiap pagi sejak lima tahun lalu.

Segmen ini membincangkan perihal ICT yang menyentuh tentang komputer, telefon bimbit, radio dan semua topik yang berkaitan ICT.

Azli merupakan Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah-Alih Malaysia serta Timbalan Presiden Dapat Vista yang mengasas sistem DAPAT bagi mengendali meja mengelolakan soalan dan aduan melalui sistem Rakancop.

http://news.abnxcess.com/bm/2013/02/pakar-it-dr-azli-paat-meninggal-dunia/?ut...

Selain dari itu Azli Paat juga aktif dengan Aktiviti Ham Radio & Hamfest Malaysia

[[posterous-content:pid___2]]

https://www.youtube.com/watch?v=-SnllkVawds

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisiNYA.

http://www.azlipaat.com/

https://twitter.com/azlipaat/

https://www.facebook.com/azlipaat

https://www.youtube.com/user/azlipaat

 

 

Posted via email from faizar's posterous

Pelancaran Glosari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar UiTM Sempena Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2013

Monday, February 4, 2013

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan dan Unit Hal Ehwal Kurikulum, Bahagian Hal Ehwal Akademik dengan kerjasama Fakulti, Kampus, Pusat Akademik, InQKA, InfoTech dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk pertama kalinya telah menyediakan, satu buku Glosari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar.

 

Penyediaan glosari istilah bagi proses peperiksaan, penilaian dan proses akademik, akan dapat dijadikan rujukan utama untuk diguna pakai di seluruh sistem UiTM.

 

Pelancaran Glossari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar UiTM susulan  Bengkel Penyediaannya telah dilakukan di UiTM Sabah pada 20-22 Januari 2013 yang lalu

 

diikuti pelancaran Pelancaran Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2013/02/pelancaran-bahan-penerbitan-jabatan.html

 

 

Posted via email from faizar's posterous

Pelancaran Bahan Penerbitan Jabatan Komunikasi Korporat Sempena Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2013

Pelancaran Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti

 

DASAR & GARIS PANDUAN KOMUNIKASI UNIVERSITI

Bagi menggalakkan komunikasi yang telus dan bertanggungjawab demi memperkasakan kemajuan UiTM serta memperkukuhkan perhubungan UiTM dengan pelanggan dalaman dan luar serta pemegang taruh Jabatan Komunikasi Korporat telah menyediakan Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti yang telah diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada Jun tahun 2012.

 

 

 

Garis panduan tersebut adalah seperti berikut :

1. Garis Panduan Imej dan Identiti Korporat Universiti

2. Garis Panduan Pengurusan Laman Sesawang Universiti3. Garis Panduan Pengurusan Media Universiti4. Garis Panduan Pengurusan Acara dan Protokol Universiti5. Garis Panduan Pemasangan Kain Rentang dan Gegantung

 

6. Garis Panduan Sistem Papan Tanda Universiti


§   Manual Imej & Identiti Korporat Universiti

MANUAL IMEJ & IDENTITI KORPORAT UNIVERSITI EDISI 2012

Manual Imej & Identiti Korporat Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai panduan di dalam urusan berkaitan dengan komunikasi visual universiti. Manual ini memperjelaskan akan komunikasi visual serta ‘signature’ korporat UiTM yang meliputi logo, warna korporat, cetakan pejabat, pengangkutan, pakaian seragam, cenderamata serta beberapa lagi komponen lain bagi memperlihatkan identiti serta imej universiti yang seragam.

Manual ini begitu bermakna kepada warga UiTM khasnya di dalam memastikan keseragaman imej UiTM dapat diselaraskan serta memperlihatkan ‘signature’ kepada masyarakat secara amnya.

 

§   Manual Sistem Papan Tanda Universiti

MANUAL SISTEM PAPAN TANDA UNIVERSITI EDISI 2012

Manual Sistem Papan Tanda Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai panduan di dalam urusan berkaitan dengan papan tanda dalaman serta luaran universiti. Manual ini menggariskan penggunaan mukataip, saiz, lambang serta warna pada papan-papan tanda tersebut.

Ketetapan penggunaan visual komunikasi yang standard amat penting demi mewujudkan satu persamaan identiti dalaman uitm termasuk kampus-kampus negeri dan cawangan.
Manual ini dapat digunakan sebagai panduan bagi urusan berkaitan dengan komunikasi visual korporat universiti dan ianya dapat dipatuhi serta dilaksanakan dengan mudah, kemas dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.


Sebarang pertanyaan berkaitan isi kandungan buku panduan ini hendaklah dirujuk terus kepada Jabatan Komunikasi Korporat, Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM, Shah Alam.

 

§   Manual Pengurusan Acara dan Protokol Universiti

MANUAL PENGURUSAN ACARA & PROTOKOL UNIVERSITI EDISI 2012

Manual Pengurusan Acara & Protokol Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai  garis panduan kepada semua PTJ di peringkat kampus negeri/ cawangan/ fakulti/ bahagian/ pusat  mendapat manfaat serta memudahkan pengendalian sesuatu acara/ program bagi memastikan penganjuran sesuatu acara atau majlis dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, efisyen serta sistematik.

Dengan adanya manual ini, segala hal yang berkaitan dengan Pengurusan Acara dan protokol dapat dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan UiTM.


Video montaj pelancaran:

 

 

Posted via email from faizar's posterous

Ucapan Terima Kasih Dato' Sri Prof. kepada semua warga kerja UiTM

Sunday, February 3, 2013

Amanatvc2013

Sempena dengan Majlis Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2013 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Dato' Sri Prof. memberi ucapan Terima Kasih kepada semua warga kerja UiTM termasuk kesemua Kesatuan dan Persatuan Dalaman UiTM antaranya 

Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTiMAS) http://utimas.uitm.edu.my/

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) http://mitasa.uitm.edu.my/

Persatuan Pentadbir UiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/

http://tcs.uitm.edu.my/tcs/?id=2595AF32-C792-49BC-BABE-12C8B4028F28

Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2013

 

 

 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories