[[posterous-content:pid___0]]
Youtube Malaysia telahpun dilancarkan secara rasminya di The Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube Malaysia, mempunyai domain tempatan & sudah mula menyokong Bahasa Malaysia dan berbeza dengan sebelum ini. Secara rasminya laman YouTube yang antara paling kerap dilawati bertapak lebih kukuh di Malaysia.
Youtube sebelum ini sudah boleh diakses oleh pengguna di Malaysia tanpa sebarang masalah, tetapi dengan pengenalan laman khas untuk rakyat Malaysia membolehkan mereka menonton video yang lebih relevan dengan pengguna tempatan.
[[posterous-content:pid___1]]
Ini sebenarnya sesuatu yang baik untuk industri hiburan secara keseluruhan kerana kini secara rasmi Youtube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.
Bersama-sama dengan pelancarannya, beberapa syarikat media tempatan, seperti Astro Malaysia dan KRU Studios turut sama telah bekerjasama dalam membawakan kandungan mereka melalui YouTube, manakala dari segi pengiklan tempatan pula, YouTube telah pun mendapat beberapa nama besar, termasuk MAS, Maxis, dan sebagainya
Youtube juga telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube.
Semoga kemudahan yang kita peroleh ini akan dapat digunakan untuk kebaikan sebaik mungkin. Zaman dah berubah dan Youtube adalah salah satu medium alternatif terpenting untuk menyebarkan maklumat dalam bentuk video, maka gunkan dan manaafatkanlan ia sebaiknya.
http://www.youtube.com/user/ahmadfaizar/
0 comments:
Post a Comment