Showing posts with label Masjid Negeri Selangor. Show all posts
Showing posts with label Masjid Negeri Selangor. Show all posts

CINTAI MASJID 2012 : Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah

Saturday, June 16, 2012

Cintamasjid-s

Tarikh : 16 & 17  Jun 2012

Masa :   8.00 pagi - 11.30 malam

Tempat :  Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, Selangor  

** Jom Riadah sambil menimba ilmu di Masjid

Ayuh beramai-ramai mengimarahkah karnival 'CINTA MASJID' pada Sabtu & Ahad, 16hb & 17hb Jun 2012, jam 0800 pagi hingga 1130 malam, berlokasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, Selangor anjuran TVAlhijrah.

 4Unlike ·  · 



Photo: Aktiviti Booth TVAlhijrah di lokasi Cinta Masjid : Sesi Pertandingan Mewarna kanak-kanak 6-12tahun. Eh, Ara & Aris pun turun padang. Yay!
Photo: Aktiviti Booth TV Alhijrah di lokasi Cinta Masjid : Sesi beramah mesra bersama pengacara Soal Wanita.

Bagi yang tidak berpeluang berkunjung ke karnival Cinta Masjid, nantikan Lintas Langsung masa ke semasa dari tapak lokasi Cinta Masjid, Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah.  

http://www.tvalhijrah.com/webTVAH/  

Posted via email from faizar's posterous

Forum Perdana Ehwal Islam : Sunnah Rasulullah : Apa Kelebihannya?

Saturday, February 11, 2012


Forum Perdana Ehwal Islam : 
Sunnah Rasulullah : Apa Kelebihannya?

Masa : Selapas Solat Maghrib
Tarikh : 11 Feb 2011
Tempat : Dewan Solat bawah , Masjid Negeri Selangor
Ahli panel :
Y.Bhg Dato' Mohd Zawawi Yusoh
Y.Bhg  Ustaz Zamihan Al-Ghari

Moderator S.F Tn Hj Ahmad Mustafa B. Mohd Sidin Al-Muqri

Majlis Khatam Al-Qur’an , Qiamulail, Sahur dan kuliah subuh Perdana Selangor 2011

Sunday, August 28, 2011

Headerihyaramadhan2011

Majlis Khatam Al-Qur’an &

Dewan Solat Utama, MSSAAS 

* 27 Ogos 2011 (Sabtu) 

Program Sahur & Qiyamullail Perdana, Peringkat Negeri Selangor,  (Unit Dakwah JAIS) 

Lokasi : Dewan Makan, Dewan Solat Bawah, MSSAAS 

27 Ogos 2011, (Sabtu) , 3.00 pagi

Qiamulailsahursubuhperdana2011

2011-08-25_19
2011-08-26_19
Qiamulailsahurperdanaselangor2011

Di dewan bawah masjid kelihatan ramai yang tidur meniarap. Banyak juga kelompok-kelompok keluarga; ibu ayah dan anak-anak tidur berkelompok. Juruacara mengejutkan orang ramai jam 3 pagi dan mereka yang sudah berada di dewan tingkat atas digalakkan bertahajjud sendirian dahulu. 

Jam 3.30 Ustaz Othman Ibrahim memimpin para jemaah untuk bersolat tasbih sebanyak 4 rakaat dan diisi dengan zikir antara solat tersebut. Sesudah itu, beliau memimpin solat taubat, sedikit muhasabah diri beramai-ramai dan disudahi dengan solat sunat hajat. 

Kemudian, sahur bersama. Ramai betul orang. Banyak khemah dan kaunter makanan dibuka. Lauk ada yang dapat ikan goreng seekor. . Yang menakjubkan ramai kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan. Bukannya orang dewasa sahaja.

Sesudah sahur dan bersolat subuh, penganjur iaitu Dato Dr Hassan Ali membuat ucapan dengan penuh semangat. Lepas tu, MB selangor Khalid pula berucap dan kuliah subuh disampaikan oleh Dr. Zulkifli al-Bakri. Sewaktu balik kelihatan kereta penuh di luar masjid. Banyak kereta dipark di bahagian rumput. Kata Dr. Hassan, tak cukup parking. Dan caterer makanan jugak takjub kerana tak pernah lihat ramai orang berqiamulail sebegini. Ni pun first time diadakan qiamulail perdana seperti ini dan macam-macam aktiviti ihya ramadhan tahun 2011 ini. Penganjur dan endorsed by MB mengatakan mereka membelanjakan lebih kurang setengah juta ringgit untuk program ihya ramadhan tahun ni.

Dapat pergi  syukur, Tahun depan harapnya diteruskan progam seperti ini

Posted via email from faizar's posterous

Kuliah Khas Ramadhan-Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber

Friday, August 26, 2011

20110824-kuliahkhasramadhan-syeikhalisalleh

Satu Kuliah Khas telah berlangsung selepas solat sunat terawih dan witir berjemaah bertempat di Dewan Solat Utama. Solat Isyak dan solat sunat terawih malam tersebut telah diimamkan oleh  imam jemputan dari Madinah Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani dan Ustaz Abdul Karim Omar (Pegawai Hal Ehwal Islam MSSAAS). Lebih 500 orang jemaah mengikuti kuliah ini.

20110824-kuliahkhasramadhan-syeikhalisalleh2

Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber telah menyampaikan kuliahnya dalam Bahasa Melayu. Antara topik yang telah beliau sampaikan termasuklah tentang bulan Ramadhan, Solat Sunat Terawih dan teknik-teknik khatam Al-Quran. Kuliah berlangsung sekitar 23 minit.

20110824-kuliahkhasramadhan-syeikhalisalleh1

Rakaman kuliah ini dan rakaman solat sunat terawih bersama Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau www.facebook.com/mssaas.

20110824-KuliahKhasRamadhan-SyeikhAliSalleh.flv Watch on Posterous

via: http://www.mssaas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=197:syeikh-ali-saleh-bin-muhammad-ali-jaber&catid=43:berita&Itemid=85

Posted via email from faizar's posterous

Hari Huffaz Selangor Kali ke-5

Thursday, August 25, 2011

Masjid_negeri-selangor-banner

SHAH ALAM 22 Ogos - Sepanjang 20 dan 21 Ogos 2011 telah berlangsung Hari Huffaz Selangor bertempat di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS). Program ini merupakan program anjuran bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran, Jawatankuasa Tahfiz Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, MSSAAS dan JPM.

Sepanjang Hari Huffaz ini, seramai lebih 300 orang pelajar-pelajar tahfiz dari seluruh negeri Selangor telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara hafazan. Majlis Perasmian Penutup Hari Huffaz Selangor telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali sebagai wakil kepada Menteri Besar Selangor. Majlis penutup diadakan hari Ahad, 21 Ogos 2011 jam 5.15 petang hingga 6.45 petang. Antara kehormat yang hadir termasuklah Prof. Madya Dato’ Dr Halim b. Tamuri (Pengerusi Jawakankuasa Tahfiz Negeri Selangor), S.F. Tuan Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri (Imam besar MSSAAS) dan lain-lain tetamu kehormat.

20110820-huffazselangor
Majlis penutup telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abdul Karim Omar, Pegawai Hal Ehwal Islam MSSAAS diikuti dengan ucapan perasmian Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali. Kemudian, Majlis telah disusuli dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada Tokoh Huffaz Negeri Selangor, Tokoh Pendidik, Tokoh Pendokong Mahad Tahfiz dan juga Anugerah Khidmat Cemerlang. Imam Besar MSSAAS telah menerima anugerah Tokoh Huffaz Negeri Selangor dalam majlis pada kali ini.

Acara lain yang turut diadakan dalam majlis ini termasuklah penyampaian sijil-sijil kepada pelajar-pelajar tahfiz dan penyampaian cenderahati kepada penaja majlis. Selepas sahaja doa penutup, majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar tahfiz telah diadakan sebelum majlis bersurai.

20110820-huffazselangor2
via http://www.mssaas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=196:hari-huffaz-selangor-kali-ke-5&catid=43:berita&Itemid=85

Posted via email from faizar's posterous

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dataran MSSAAS

Thursday, August 4, 2011

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dataran MSSAAS 3 OGOS 2011(Rabu)

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
http://www.mssaas.gov.my/ 

 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories