Showing posts with label Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Perpustakaan. Show all posts

Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012

Monday, May 21, 2012

Kemahiran-sumber-elektronik2
Bahagian Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012 di Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang (selaku tuan rumah) pada 22-23 Mei 2012 (Selasa-Rabu). 

Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis (Zon Utara).

Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :

1. Puan Noormala Maarof

2. Puan Nurul Diana Jasni

3. Encik Ahmad Faizar Jaafar 

4. Encik Shahrol Nizam Johol

OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:

1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan. 

2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka. 

3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

 

MATLAMAT UTAMA BENGKEL :

Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan. 

IMPAK BENGKEL :

a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan. 

b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatansumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM 

 

via: http://perpustakaanuitm.blogspot.com/

Posted via email from faizar's posterous

Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2011 - 2015,

Thursday, March 22, 2012

Menghadiri Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2011 - 2015, Crystal Ballroom, Hotel Bayview Beach Resort , Penang

Tema Kelestarian Ilmu
Dasar Perlaksanan
Persekitaran Baru Rebranding

Posted via email from faizar's posterous

MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 24 JAM / JAM 12.00 TENGAH MALAM

Thursday, March 15, 2012

MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN 24 JAM / JAM 12.00 TENGAH MALAM

Adalah dimaklumkan, dalam usaha merealisasikan transformasi PTAR dan sejajar dengan saranan Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor bagi kecemerlangan Universiti, salah satu penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan adalah dengan memanjangkan tempoh waktu perkhidmatan perpustakaan sehingga 24 jam / jam 12.00 tengah malam.

Perkhidmatan ini akan bermula pada 5 Mac 2012 sepanjang semester. Keputusan lokasi perkhidmatan tersebut adalah berdasarkan daripada statistik kedatangan pelajar yang diambil pada semester lepas. Berikut adalah perpustakaan yang terlibat dengan perubahan waktu pembukaan perkhidmatan:

i. Perkhidmatan 24 jam:
PTAR 1 dan Perpustakaan Kejuruteraan (PTAR 3)
Isnin - Jumaat : 24 jam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang

ii. Perkhidmatan sehingga jam 12.00 tengah malam:
Perpustakaan Pengurusan Perniagaan (PTAR 2); Perpustakaan Undang-Undang (PTAR 2); Perpustakaan Sains & Teknologi (PTAR 4): Perpustakaan Alam Bina (PTAR FSPU)
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengah malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang



http://library.uitm.edu.my


Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Posted via email from faizar's posterous

Perkhidmatan Perpustakaan 24 Jam

Thursday, February 23, 2012

Ptar-24jam
Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)  akan memulakan  perkhidmatan 24 jam bermula 5 Mac 2012 ini di Perpustakan terpilih iaitu  PTAR 1 dan PTAR 3 ( Perpustakaan Kejuruteraan)

Posted via email from faizar's posterous

PM dijangka rasmi perpustakaan UniMAP April ini

Saturday, February 4, 2012


PM dijangka rasmi perpustakaan UniMAP April ini

4 Februari 2012

KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan Perpustakaan Utama Kampus Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dekat sini, April ini.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata perpustakaan UniMAP merupakan antara jabatan terawal yang beroperasi di kampus universiti itu dan kini UniMAP melangkah ke hadapan dengan pembinaan perpustakaan utama itu.

Kerja-kerja pembangunan perpustakaan utama UniMAP telah bermula pada 2009 dan siap sepenuhnya akhir tahun lepas, katanya kepada pemberita pada majlis Pra Pelancaran Perpustakaan Utama Kampus Pauh Putra, UniMAP dekat sini semalam.

Beliau berkata dengan menggunakan konsep baru dalam ruang pembelajaran, perpustakaan utama UniMAP menyediakan persekitaran menarik dan ceria dengan kapasiti ruang belajar sebanyak 805 orang pada satu masa.

Perpustakaan itu dilengkapi dengan liputan internet tanpa wayar dan mempunyai ruang 'infotainment' dengan siaran Astro yang membolehkan penuntut bersantai sambil belajar, katanya. - BERNAMA

via : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-dijangka-rasmi-perpustakaan-unimap-april-ini-1.21935

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories