Showing posts with label Pesta Buku. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku. Show all posts

Pesta Buku: Hadiah setiap jam bagi peminat produk Karangkraf

Sunday, April 29, 2012

2012klibf-karangkraf

KUALA LUMPUR – Pengunjung-pengunjung Pesta Buku Karangkraf 2012 mempunyai peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan hanya menekan butangLike di laman Facebook bagi produk keluaran Kumpulan Media Karangkraf.

Pesta buku masuk hari ketiga hari ini.

Peraduan ‘iLike & Menang’ anjuran Grup Digital Karangkraf (GDK), yang akan berlangsung sehingga 6 Mei ini, menyediakan hadiah pada setiap jam.

Sejumlah pengunjung telah menerima hadiah masing-masing pada hari pertama semalam dan hari kedua semalam.

Pengarah Eksekutif GDK, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, untuk memasuki peraduan tersebut, pengunjung hanya perlu mencari ahli GDK yang memakai pakaian Pesta Buku Karangkraf, topi berwarna-warni beserta tag pengenalan ‘iLike Facebook’ sepanjang pesta itu berlangsung.

Menurut Syamil, peraduan tersebut terbahagi kepada dua bahagian, dengan bahagian pertama hanya memerlukan peserta menekan butang Like pada laman Facebook tertentu dan cabutan bertuah akan dibuat bagi memilih pemenang pada setiap jam.

“Pengunjung tidak perlu membeli apa-apa barangan, hanya cari kami, dan tekan butang Like untuk laman Facebook Sinar Harian, lima majalah atau buku terbitan Karangkraf, dan satu perkhidmatan Karangkraf melalui telefon pintar masing-masing atau di gerai GDK.

“Setiap pengunjung yang datang ke gerai kami akan diberikan borang penyertaan selepas mereka menekan butang Like. Cabutan akan dibuat dan seorang pemenang akan dipilih bagi setiap jam, bermakna akan ada 10 pemenang setiap hari. Hadiah untuk bahagian pertama adalah penginapan di Tune Hotel di seluruh negara,” katanya.

Untuk bahagian kedua peraduan itu, yang akan bermula pada 2 Mei, Syamil berkata, beberapa siri soalan akan disiarkan di laman Facebook Sinar Harian, dan jawapannya boleh ditemui sama ada secara online atau dalam akhbar cetak tersebut dan majalah lain keluaran Karangkraf.

Hadiah utama seperti iPad, iPod Nano dan iPod Shuffle serta penginapan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur menanti pemenang bahagian kedua.

Pesta Buku Karangkraf 2012 berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC di sini.

Posted via email from faizar's posterous

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012 / KLIBF 2012)

Saturday, April 28, 2012

Jomkeklibf
Klibf1
Klibf2
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau lebih dikenali sebagai PBAKL 2012 atau KLIBF 2012 yang merupakan acara tahunan bagi industri buku negara akan datang lagi. Pada tahun ini KLIBF 2012 akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 27 April hingga 6 Mei 2012 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur .

Majlis pra pelancaran KLIBF 2012 telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 10 Disember yang lalu.
Seperti lazimnya KLIBF 2012 akan menonjolkan kelainannya bagi mengangkat martabat industri buku negara ke taraf yang lebih tinggi. Trade Copy Right Centre (TCC) akan memberi peluang kepada pemain-pemain industri buku memperkenalkan buku-buku terbitan dalam negara ke peringkat antarabangsa dan merupakan peluang pedagang-pedagang buku untuk berurusniaga dengan pedagang-pedagang buku diperingkat global.

JOM KITA KE Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sudah bermula

Klibf2012

 

 

http://kualalumpurbookfair.my/2012/

Posted via email from faizar's posterous

Perpustakaan Negara menaja 101 tiket keretapi bagi Baca@KTM ke Pesta Buku (PBAKL/KLIBF) pada hari Sabtu ini,

Saturday, April 23, 2011

Klibf_2011_poster

BERITA BAIK @ GEMBIRA untuk anda semua yang BERMINAT UNTUK KE PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC pada hari Sabtu nie..

 

Maklumat nie saya dapat daripada page
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 | KLIBF KL Book Fair
Katanya..:-

 

BBBACA@LRT | Kepada pembaca di Ipoh yang mahu ke Pesta Buku pada hari Sabtu ini. Perpustakaan Negara menaja 101 tiket keretapi bagi Baca@KTM yang digerakkan oleh Tuan Sallehuddin Ibrahim pada 23 April 2011. Bagi menyertai Baca@ ini, hubungi beliau dengan mengklik namanya dan send mesej bertajuk Baca@KTM. Mohon hebahan informasi ini di blog dan FB. Terima kasih.

haa ape tunggu lagi, nak DAPATKAN TIKET KERETAPI untuk ke Pesta Buku nanti anda perlu :
Add page Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 | KLIBF KL Book Fair

http://www.facebook.com/pages/Pesta-Buku-Antarabangsa-Kuala-Lumpur-PBAKL-2010-KLIBF-KL-Book-Fair/199946086548

 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories