Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Reunion - Majlis Himpunan Silaturrahim Jemaah Haji 1432H

Sunday, January 29, 2012

Hari ini pergi "renuion Jemaah Haji 2011 yang lalu"  atau  Majlis Himpunan Silaturrahim Jemaah Haji/Himpunan Persaudaraan Hujjaj 1432H peringkat Klang.
 


Jemaah Haji 1432H dibawah pengendalian Tabung Haji Klang telah  dijemput untuk menghadiri program HISHAJ seperti butiran berikut :
Tarikh : 29 Januari 2012
Masa : 09:00 pagi hingga 12:30 tengahari
Tempat : Dewan solat, Masjid ArRahimiah Klang
Pencermah Jemputan : Dato' Ustaz Hj Md Daud Che Ngah

Bagus juga ada program seperti ini sebagai penyatuan ummah dengan pembentukan generasi haji melalui ibadat haji selain berjumpa teman-teman semasa ditanah suci tempohari.
Di antara objektif program adalah seperti berikut :
1. Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakkan masyarakat yang sihat.
2. Mengekalkan roh haji/falsafah haji.
3. Majlis ilmu di kalangan jemaah haji.



Posted via email from faizar's posterous

Panggilan ke Tanah Suci Makkah

Wednesday, October 19, 2011

Masjidilharam

Alhamdulillah, masa yang ditunggu akhirnya telah tiba. Berdebar-debar juga rasanya. Ikut jadual Insya Allah, saya Faizar dan isteri saya, Azizon akan bergerak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Haji dan juga akan ziarah ke Madinah, bandar Nabi s.a.w. Insya Allah bermula 19hb Oktober  hingga 12hb Disember 2011. 

Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang akan melaksanakan ibadah tersebut di tanah suci Mekah.

Doakan kami selamat pergi dan balik. Jika ditakdirkan kami ‘pulang menemui-Nya’ di sana, doakan agar kami ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat nikmat-Nya. Minta maaf atas salah silap selama ini. 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories