FOTO 1 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Monday, September 24, 2012

Pada 22 September 2012 (Sabtu) yang lalu satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)– TAUTAN KASIH anjuran Persatuan Pentadbir UiTM, Shah Alam telah diadakan di Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya, Banting, Selangor DE.

Program ini akan turut disertai oleh kumpulan CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM,Shah Alam, Kelab Kebajikan Bendahari dan beberapa kumpulan NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club),Mahasiswa PERKASA Selangor, serta disokong oleh Karangkraf ,Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak Enterprise, TV3. 

Program bermula dengan para perserta dari PPUiTM , CSR PTAR  berkumpul di hentian bas Kolej Seroja

Kemudian bas dan van yang membawa peserta bergerak ke Petronas,Kampung Medan, Telok Panglima Garang dimana disana telah menunggu segrombolan mat motor dari WAK JAWA CAFE,WJC Bikers Club serta sekumpulan polis trafik bagi mengiring perserta CSR PPUiTM ke  Rumah Penyayang Bestari di Kg. Sg. Buaya, Banting

Sepanjang perjalanan kami di iringi puluhan motor dari WAK JAWA CAFE,WJC Bikers Club serta lalu-lintas dikawal oleh sekumpulan polis trafik yang bergilir mengawal disetiap persimpang jalan. 

Diucapkan terima kasih kepada mereka semua bagi membantu memudahkan perjalanan program ini.

 

Posted via email from faizar's posterous

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) – TAUTAN KASIH

Saturday, September 22, 2012

Program-csr-tautankasihblog600

PPUiTM  akan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)– TAUTAN KASIH 

Tarikh   : 22 September 2012 (Sabtu)

Jam : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya, 
Banting, Selangor DE

Program ini akan turut disertai oleh: 
CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM,
Pejabat ADUN Morib,  Kelab Kebajikan Bendahari;
NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club),
NGO – Mahasiswa PERKASA Selangor, 
Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak, Enterprise, TV3.

 

AturCara Program:

07:45 pagi:
Peserta CSR berkumpul di Kolej Seroja

08:00 pagi 
Bertolak ke Rumah Penyayang Bestari

09:00 pagi 
Ketibaan Peserta-peserta CSR
-    Minum Pagi (Dewan Makan)
-    Suaikenal dan
-    Taklimat Gotong Royong 

09.30 pagi 
Aktiviti CSR bermula
-  Gotong Royong Persekitaran
-  Menaiktaraf Pusat Sumber
-  LDK Motivasi Anak-Anak Rumah Penyayang
-  Fun Ride bersama WJC & ABCM

 

11:15 pagi 
Ketibaan Tetamu Kehormat

11:30 tgh
Pelancaran Program dan Penyerahan Sumbangan

01:00 ptg
Makan Tengah hari

02:00 ptg
Bersurai 


Objektif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : TAUTAN KASIH  ini adalah: 
a) untuk menjalankan tanggungjawab PPUiTM terhadap UiTM sebagai institut pengajian tinggi yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat;
b) membina imej PPUiTM yang dinamik dan prihatin; 
c) mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli PPUiTM untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela; dan
d) meraikan dan memberi sumbangan kepada kumpulan sasaran.

Sebelum ini PPUiTM telah mempelawa semua Ahli Persatuan yang sudi untuk memberi sumbangan ikhlas dan sedekah amal jariah (berupa wang tunai/bahan kering makanan/buku-buku rujukan sekolah/peralatan sekolah/pakaian baru/terpakai dan sebagainya) bagi menjayakan program ini. 
Rujuk blog sebelum ini

http://ppuitm.uitm.edu.my/categoryblog/74-sumbangan-ikhlas-untuk-program-csrtautan-kasih-rumah-penyayang-bestari.html
 http://ppuitmsa.blogspot.com/2012/08/sumbangan-ikhlas-untuk-program.html

 

 

 

Posted via email from faizar's posterous

Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012

Thursday, September 20, 2012

[[posterous-content:pid___0]]

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4,  2012 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, dari 18 hingga 19 September 2012.
[[posterous-content:pid___1]][[posterous-content:pid___2]]

Anugerah Pertama bagi Katergori Pengurusan telah dimenangi oleh KIK Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam dengan membawa pulang Piala dan wang berjumlah RM 3,000  Sementara KIK Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan telah merangkul anugerah Penyampai Terbaik.

Lebih dari 10 kumpulan telah menyertai KIK antaranya Titanium, Paradigma, Spektrum, C-FAR, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ,  Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera.

[[posterous-content:pid___3]]
Program Konvesyen bermula pada 18 September (Selasa) jam 9 pagi didahului dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, sebelum ucapan perasmian oleh Dato’ Ahmad Razif.
[[posterous-content:pid___4]]
Sementara majlis penutup pula berlangsung pada 19 September (Rabu) jam 8.15 malam dengan ucapan penutup oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Muda.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan diakhiri dengan acara makan malam sebelum melabuh tirai oleh persembahan lagu-lagu Tradisional Terengganu.
[[posterous-content:pid___5]]
[[posterous-content:pid___6]]
Senarai penerima Anugerah adalah seperti berikut:

KATEGORI PENGURUSAN :
Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam
Kedua    Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UiTM, Skudai
Ketiga     Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia

KATEGORI TEKNIKAL:
Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kedua    Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak
Ketiga     Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia

KATEGORI KHAS :
MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya
PENYAMAPAI TERBAIK Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan

http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=90:perpustakaan-uitm-telah-merangkul-dua-anugerah-di-konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia-kali-ke-4-2012&catid=38:event



Posted via email from faizar's posterous

Majlis Suaraya UiTM 2012 dan Promosi Keahlian PPUiTM

Friday, September 14, 2012

Websuaraya1433

Bersempena dengan Sambutan Aidilfitri pada tahun ini, Universiti Teknologi MARA,  semua ahli PPUiTM telah dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Suaraya 2012. Fiesta Raya Ala Arabiya yang  diadakan seperti berikut:-.
Tarikh  : 14 September 2012 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat: Padang Kawad, UiTM Shah Alam
Tema   : Fiesta Raya Ala Arabiya

Kaunter pendaftaran untuk cabutan bertuah  dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Bagi 300 staf pertama yang mendaftar menerima hadiah misteri.

Ramai yang hadir ke majlis ini dengan berpakaian mengikut tema yang ditetapkan dan majlis ini juga telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Promosi  Keahlian PPUiTM

Warga Pentadbiran Gred 27 dan ke atas  mengisi Borang Permohonan Keahlian di Meja Promosi Keahlian PPUiTM di Gerai Jabatan Komunikasi Korporat di Majlis SuaRaya UiTM pada 14 September 2012.

Borang Keahlian juga boleh didapati disini
https://docs.google.com/open?id=0B4aCWYaM4fY_NkZDdjJvT1E1Y1E

ATUR CARA FIESTA RAYA ALA ARABIYA UiTM 2012

Tarikh           :        14 September 2012 (Jumaat)  Bersamaan 27 Syawal 1433 Hijrah

Masa            :        9.30 pagi

Tempat        :        Padang Kawad UiTM

9.00 pagi

:        Ketibaan Warga UiTM

9.30 pagi

:        Ketibaan Naib Canselor

:        Ucapan Aluan oleh Naib Canselor

:        Perasmian Facebook UiTM Sentiasa Di hatiku

:        Perasmian Fiesta Raya Ala Arabiya UiTM 2012

:        Jamuan Makan

10.15 pagi

:        Lawatan ke gerai-gerai oleh Naib Canselor

:         Persembahan dari Fakulti Filem Teater dan Animasi serta Pusat Kebudayaan UiTM

:         Cabutan Bertuah

:         Upacara Penyampaian Hadiah oleh Naib Canselor untuk Gerai Terbaik

:         Persembahan Penutup

12.30 tghri

:    Majlis Bersurai

 

Posted via email from faizar's posterous

iPhone 5 vs. Samsung Galaxy S III vs. Droid RAZR HD vs. Nokia Lumia 920

Thursday, September 13, 2012

Iphone-comparisonc

The iPhone 5 launches intoa more challenging field of competitors than ever, and to give you some context about the iPhone 5 specifications compared with those of its chief competitors, we put the most important characteristics of each into this handy table.

As we look at specs of the iPhone 5 compared with the Samsung Galaxy S III, Nokia Lumia 920 and Motorola Droid RAZR HD, we can see patterns emerging, such as all the iPhone 5′s competitors have a screen that’s at least 720p (1,280×720 pixels), dual-core 1.5GHz processors, an updated operating system (although that’s debatable in the case of Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich), an 8-megapixel camera and 4G LTE — all functioning as de facto standards in this highest echelon of smartphone goodness.

 

 
Apple
iPhone 5

Samsung Galaxy S III

Droid RAZR HD

Nokia
Lumia 920
Screen Size 4 inches 4.8 inches 4.7 inches 4.5 inches
Resolution 1,136 x 640 1,280 x 720 1,280 x 720 1,280 x 768
Weight 3.9 oz 4.7 oz 5.1 oz 6.5 oz
CPU Dual-core Apple A6 Dual-core 1.5GHz Snapdragon S4 (in the U.S.) Dual-core 1.5GHz Snapdragon S4 Dual-core 1.5 GHz Snapdragon S4
Storage 16GB, 32GB or 64GB, no card slot 16GB, 32GB or 64GB +microSD slot 12GB+microSD slot 32GB, no card slot
Connectors Apple Lightning microUSB microUSB microUSB
Operating System iOS 6 Android 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) Android 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) Microsoft Windows Phone 8
Battery 225 hours standby, 8 hours talk time (3G) 790 hours standby, 11:40 hours talk time (3G) TBA 300 hours standby, 10 hours talk time (3G)
Camera 8MP, 3264×2448 pixels, autofocus, LED flash 8MP, 3264×2448 pixels, autofocus, LED flash 8MP, 3264×2448 pixels, autofocus, LED flash 8MP, 3264×2448 pixels, optical image stabilization, autofocus, dual-LED flash
Networking Wi-Fi, 2G, 3G, 4G LTE Wi-Fi, 2G, 3G, 4G LTE Wi-Fi, 2G, 3G, 4G LTE Wi-Fi, 2G, 3G, 4G LTE
Price $199 for 16GB, $299 for 32GB, $399 for 64GB; avail. Sept. 21 $99.99 + $35 carrier fee $199 (estimated, launch end of 2012) TBA, launch Q4 2012

via http://mashable.com/2012/09/12/iphone-5-compared/

THE LATEST: iPhone 5 Unveiled | iPhone 5 vs. Competitors | More of iOS 6 | Thinner iPod Nano | iPod Touch With Siri | New iTunes | New iPhone Dock Connector | New Earbuds, EarPods

 

 

Posted via email from faizar's posterous

Kertas Soalan Peperiksaan Lepas (Past Year Exam Paper) UiTM Jun 2012

Wednesday, September 12, 2012

Exampaper

Dimaklumkan Unit Pembangunan Sumber Digital, PTAR telah pun memuatnaik  (upload) Kertas Soalan Peperiksaan bagi bulan Jun 2012  sebanyak 23 fakulti dan 1656 jumlah kod kursus ke dalam sistem EQPS. 

Kertas Soalan Peperiksaan ini bolehlah di akses melalui Sistem EQPS

http://library.uitm.edu.my

http://search.ptar.uitm.edu.my

http://library.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=140&Itemid=116 

http://koleksi.uitm.edu.my/eqps/

 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories