Untuk makluman Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) sebagai jabatan yang bertanggungjawab menyediakan prasarana IT serta khidmat dan keperluan IT kepada warga UiTM telah menganjurkan beberapa seminar teknologi maklumat bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman secara berterusan mengenai kepentingan teknologi itu sendiri dan bagaimana teknologi maklumat dapat digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan tadbir urus universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi merealisasikan visi, misi dan objektif UiTM.
Antara objektif Persidangan Teknologi Maklumat 2012 pada kali ini adalah :
a) Mewujudkan rangka kerja perkhidmatan universiti yang bersepadu melalui perekayasaan.
b) Merealisasikan strategi UiTM khususnya berkaitan dengan IT melalui perancangan yang kreatif dan berinovatif.
c) Melaporkan perancangan, pelaksanaan dan pencapaian projek-projek IT sehingga kini.
d) Merangka pelan IT yang rapi dan terancang ke arah mewujudkan UiTM sebagai Pusat pembelajaran yang cemerlang.
e) Menerapkan kefahaman yang menyeluruh dalam Pengurusan IT UiTM.
f) Mendedahkan pengetahuan asas teknologi IT di UiTM dan di pasaran.
Kali Pertama : 3-5 Julai 1998 : UiTM in the Next Millenium - Reengineering, Teaching, Learning and Office Automation di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka
Kali Kedua : 13-15 Oktober 2000 : The Ideal Learning Environment For the Fourth Wave : Information Technology as a Change Enabler di Regency Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kali Ketiga : 5-7 Oktober 2001 : In Pursuit of The Ideal Learning Environment – A People, Process, Technology Model di Gouman Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kali Keempat : 4-6 Julai 2003 : ICT Mission in Action : Merging Expectations into Planned Actions di Regency Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kali Kelima : 23-25 April 2008 : ICT Strategy Towards A World Class University : Delivering Excellence Through Managed Environment di Gouman Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kali Keenam : 31 Mac - 2 April 2010 : Creative Transformation Through ICT Innovation di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan




