Showing posts with label Konsert. Show all posts
Showing posts with label Konsert. Show all posts

Konsert Salaam Sami Yusuf Ditunda Saat Akhir

Friday, July 13, 2012

Posterkonsertsamiyusoftangguh

 

Konsert Salaam yang melibatkan penyanyi  Sami Yusuf yang dijangka diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012 telah ditunda.

Dalam  satu kenyataan media yang diberikan kepada kami oleh pihak penganjur, Offshore Entertainment Production Sdn Bhd, konsert tersebut terpaksa ditunda disaat akhir diatas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurut mereka lagi, para  pemegang tiket-tiket konsert boleh menebus semula tiket-tiket yang telah dibeli dari wakil rasmi agen tiket di www.airasiaredtix.com dalam masa EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh jadual konsert.

“ Pihak Pengurusan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan promosi konsert ini” jelas mereka lagi.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak penganjur, Offshore Entertainment Production Sdn Bhd:

NOTIS PENUNDAAN
KONSERT SALAAM SAMI YUSUF

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Konsert ‘Salaam’ Artis Sami Yusuf yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu 14hb Julai 2012 jam 9.00 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, Malaysia dengan ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pihak kami dengan ini menasihatkan kepada pemegang tiket-tiket konsert untuk menebus semula tiket-tiket dari wakil rasmi agen tiket di www.airasiaredtix.com dalam masa EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh jadual konsert.

Pihak Pengurusan dengan ini ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh mana-mana pihak berhubung dengan penangguhan tersebut.
Pihak Pengurusan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan promosi konsert ini .

Sekian, Terima Kasih

Pihak Pengurusan
OFFSHORE ENTERTAINMENT PRODUCTION SDN BHD

via http://mymalaysiaonestop.blogspot.com/2012/07/konsert-salaam-sami-yusuf-ditunda-saat.html


Posted via email from faizar's posterous

Rhythm Of The Soul Bawakan Opick Bertemu Peminat

Thursday, April 19, 2012

Opickpeminat
KUALA LUMPUR – Iluvislam dengan kerjasama TV AlHijrah akan membawakan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Opick bagi bertemu peminat di Malaysia.

Program bertemu peminat ini akan diadakan bersempena dengan program Cinta Masjid di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang, Selangor pada hari Sabtu, 14 April ini.

Selain mengadakan persembahan istimewa khas buat peminat di Malaysia, Opick juga akan mempromosikan konsert terbaru beliau bersama iluvislam.com iaitu RHytm Of The Soul.

Peminat Opick yang ingin menyaksikan persembahan opick boleh hadir di masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena program tersebut.

Turut diadakan rakaman 30 Minit bersama Ustaz Don dan siaran langsung Selangor Berselawat bersama kumpulan Al-Mawlid.
Menurut kenyataan itu, program sehari dengan kerjasama dan kariah serta jawatankuasa Masjid Al-Azim itu akan turut mengakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan seperti gotong royong memasak, pertandingan nasyid, pertandingan azan serta aktiviti sukan rakyat.

Program Cinta Masjid juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengetahui rancangan –rancangan terbitan TV AlHijrah serta mengenali dengan lebih dekat personaliti TV AlHijrah seperti Ustaz Don Daniyal, Hos rancangan Assalamualaikum Amin Idris, dan Irma Hasmie serta ramai lagi.

Opickpeminat2


15 April 2012 – Gambar Opick ketika sesi bertemu peminat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Konsert ini antara lainnya bertujuan untuk menyatukan ummah di dalam sebuah majlis/konsert seumpamanya tanpa mengira berbeza latarbelakang. Selain itu, konsert ini buat pertama kalinya di Malaysia, yang mengasingkan penonton lelaki dan perempuan. Semoga majlis zikir dan ilmu seperti ini akan menambah keberkatan sekiranya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga, insyaAllah.

PENEMPAHAN TIKET:

Anda mahu membeli dan menempah tiket? Okay, Sila layari:http://konsert-ros.com/?page_id=128

 

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/04/konsert-rhythm-of-soul-tampilkan-konsep.html

Posted via email from faizar's posterous

Konsert Rhythm Of The Soul Tampilkan Konsep Zikir

20120420rhythmofthesoul
Musleem Records & ILuvIslam Radio  buat julung kalinya akan mengadakan sebuah konsert. Namun, ada kelainan yang ingin mereka tampilkan kali ini, tidak seperti konsert nasyid yang biasa diadakan di segenap pelusuk negara.

Konsert yang diberi nama Rhythm Of The Soul: Dibawah Langitmu ini, diadakan pada 20 dan 21 April 2011 bertempat di Dewan  Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur. Mengambil konsep zikir sebagai tema konsert ini merupakan satu kelainan dan pertama kali diadakan di Malaysia

Konsert ini bakal menampilkan penyanyi lagu dakwah terkenal Indonesia iaitu Opick. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ketika Cinta Memanggil ini bakal bergabung dengan beberapa figura besar yang bakal muncul sama.

Menariknya, konsert ini mencipta satu kelainan apabila konsep zikir menjadi tema utama dalam persembahan kali ini. Empat figura besar tanah air yang terkenal dengan kemerduan album-album zikir mereka, Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Amal, Ustaz Hazamin Inteam dan Ustaz Munif Hijjaz turut terlibat dalam persembahan selama dua malam ini.

Menurut kenyataan yang diterbitkan di dalam laman web mereka (www.konsert-ros.com), Diantara objektif konsert tersebut ialah Menggalakkan ummat Islam untuk setiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Menurut mereka lagi, Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita selalu diingat Tuhan kita walaupun berada di dalam sebuah konsert.

Tiket konsert berharga RM89 boleh didapati di laman web mereka, www.konsert-ros.com atau dengan menghubungi talian 03-55232853. MUNSYEED{DOT}COM

Program : Konsert ‘Rhythm of the Soul’ : Di Bawah LangitMu
Tarikh : 20 April 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Muktamar, Pusat Islam KL
Anjuran : Musleem Media & Iluvislam R adio
Feature : Opick (Tombo Ati, Indonesia)
Jemputan Khas : Ustaz Amal, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Munif, Ustaz Hazamin dan Hafiz Hamidun 

Tentatif Konsert 20 APRIL 2012

7.45 pm Ketibaan tetamu
8.00 pm Ketibaan media
8.15 pm Ketibaan VIP & artis-artis jemputan
8.30 pm Konsert Rhythm Of the Soul
10.45 pm Tamat Konsert Rhythm Of the Soul (hari pertama)
11.00 pm Sidang Media bersama Opick & pengalun Zikir
11.15 pm Jamuan ringan
11.45 pm Bersurai

via:
http://www.iluvislam.com/berita/advertorial/4425-rhythm-of-the-soul-bawakan-opick-bertemu-peminat.html 

Posted via email from faizar's posterous

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories