Majlis Berbuka Puasa SPB YDP Agong, Tuanku Canselor UiTM, di Pusat Islam

Thursday, August 11, 2011

Majlis berbuka puasa bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diadakan di  Pusat Islam UiTM.

Turut hadir ialah Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, dan tiga Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dan Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Sebelum Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berbuka puasa bersama-sama warga kerja dan para pelajar universiti itu, Seri Paduka telah menyempurnakan upacara penamaan Pusat Islam Universiti Teknologi MARA sebagai Masjid Tuanku Mizan, sempena nama Canselor Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Baginda juga melakukan solat fardu Maghrib dan Isyak serta tarawih bersama kira-kira 2,000 pelajar dan warga kerja UiTM. 

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=607412

Posted via email from faizar's posterous

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories