Reunion - Majlis Himpunan Silaturrahim Jemaah Haji 1432H

Sunday, January 29, 2012

Hari ini pergi "renuion Jemaah Haji 2011 yang lalu"  atau  Majlis Himpunan Silaturrahim Jemaah Haji/Himpunan Persaudaraan Hujjaj 1432H peringkat Klang.
 


Jemaah Haji 1432H dibawah pengendalian Tabung Haji Klang telah  dijemput untuk menghadiri program HISHAJ seperti butiran berikut :
Tarikh : 29 Januari 2012
Masa : 09:00 pagi hingga 12:30 tengahari
Tempat : Dewan solat, Masjid ArRahimiah Klang
Pencermah Jemputan : Dato' Ustaz Hj Md Daud Che Ngah

Bagus juga ada program seperti ini sebagai penyatuan ummah dengan pembentukan generasi haji melalui ibadat haji selain berjumpa teman-teman semasa ditanah suci tempohari.
Di antara objektif program adalah seperti berikut :
1. Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakkan masyarakat yang sihat.
2. Mengekalkan roh haji/falsafah haji.
3. Majlis ilmu di kalangan jemaah haji.



Posted via email from faizar's posterous

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories