Salam Aidiladha 1433H/2012M

Thursday, October 25, 2012

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada semua muslimin muslimat. Selamat menjalani ibadah qurban, dan semoga qurban kita tahun ini diterima Allah.

Semoga segala pengorbanan kita ikhlaskan agar mendapat keberkatan dan kemuliaan dari ALLAH SWT.

Rasanya tidak terlewat bagi saya mendoakan kepada semua jemaah haji, agar dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah di kota suci Mekah/Madinah dan semoga mendapat haji mabrur. Perbanyakanlah ibadah dan berdoalah memohon pada Allah serta bersabaralah menghadapi segala dugaan. Hanya Allah yang tahu apa yang baik untuk kita.

Terlalu pantas masa berlalu,  rasanya bagaikan baru semalam berangkat ke Tanah Suci Mekah , masih terpandang-pandang dan teringat segala peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan menunaikan ibadah Haji di kota suci Mekah/Madinah tempoh hari. 

Tidak tergambarkan dengan foto-foto yang hanya menjadi kenangan ....

Perjalanan Ketanah Suci Mekah bermula

5.00pm bergerak ke Kompleks TH Kelana Jaya

5.30 pm sampai Kompleks Kelana Jaya jumpa sanak saudara

8.30 pm bergerak masuk check-in

10.15 pm taklimat

10.45 pm beratur naik bas

11.13 pm naik bas

12.14 pm sampai d KLIA

12.50 am masuk ke kapal terbang Saudi Arabian Airlines bagi penerbangan KT 60

1.30 am fly

9.30 am tiba d Lapangan Terbang Jedah

2.55 pm bergerak dari Jedah ke Mekah

4.25 pm tiba d Pilgrims Center dpt gift meal & Air Zamzam

5.00 pm Alhamdulilah sampai di Maktab 93, Rawdhat Al-Shouro, Bilik 0803 sebilik 4 orang

seterusnya mungkin di post-post akan datang

TaqabbalaLlahu minkum...

Posted via email from faizar's posterous

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories