Joomla Day Malaysia 2011 – KLCC

Saturday, June 25, 2011

Joomla-day-2011

Joomla! Day Malaysia  diadakan pada 25 Jun ini,  di Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Joomla! Day Malaysia ini  diadakan sepanjang hari, bermula daripada 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Seperti sedia maklum, ianya merupakan acara yang diadakan daripada komuniti kepada komuniti, namun memakan sedikit kos, termasuk untuk makanan, baju khas Joomla! Day, bayaran untuk para penyampai, dan beberapa perkara lain lagi.

Joomla! Day Malaysia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh komuniti Joomla Malaysia, dimana tahun ini dianjurkan oleh Slashes and Dots Sdn. Bhd bersama dengan komuniti pengguna Joomla! Malaysia.

Tujuan utama acara ini adalah untuk menyediakan platform untuk pembina web, syarikat dan komuniti Joomla! untuk belajar lebih mendalam tentang Joomla!. Selain daripada itu, acara ini menjadi medan pertemuan para pengguna dan pakar Joomla! untuk meluaskan rangkaian selain bertukar-tukar pendapat.

Tahun ini, Presiden Open Source Matters, Ryan Ozimek akan menjadi panel utama dan bersedia membincangkan masa depan Joomla! Maklumat lanjut di laman web rasmi Joomla! Day Malaysia 2011.

Dan, Adam adalah salah seorang yang layak menyertai Joomla Day Malaysia ini selepas ditaja oleh myHarapan. Terima kasih myHarapan! Jumpa anda di sana.

Posted via email from faizar's posterous

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories