Persidangan Teknologi Maklumat (IT) 2012

Tuesday, February 14, 2012


Minggu ini saya sekali lagi  terlibat dengan Persidangan Teknologi Maklumat 2012 dari 14 hingga 17 Februari PNB Ilham Resort,  Batu 10, Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus,  Dulu semasa Persidangan Kali Keempat : 4-6 Julai 2003 : ICT Mission in Action terlibat jadi jawatankuasa , semasa berkhidmat di PSMB (sekarang InfoTech), tapi kali ni setelah berpindah ke Bahagian Pengurusan Sistem di Perpustakaan, saya  jadi peserta aje le.

Untuk makluman
Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) sebagai  jabatan yang bertanggungjawab menyediakan prasarana IT serta khidmat dan keperluan IT kepada warga UiTM telah menganjurkan beberapa seminar teknologi maklumat bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman secara berterusan mengenai kepentingan teknologi itu sendiri dan bagaimana teknologi maklumat dapat digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan tadbir urus universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi  merealisasikan visi, misi dan objektif UiTM.

Antara objektif Persidangan Teknologi Maklumat 2012 pada kali ini adalah :

a) Mewujudkan rangka kerja perkhidmatan universiti yang bersepadu melalui perekayasaan.
b) Merealisasikan strategi UiTM khususnya berkaitan dengan IT melalui perancangan yang kreatif dan berinovatif.
c) Melaporkan perancangan, pelaksanaan dan pencapaian projek-projek IT sehingga kini.
d) Merangka pelan IT yang rapi dan terancang ke arah mewujudkan UiTM sebagai Pusat pembelajaran yang cemerlang.
e) Menerapkan kefahaman yang menyeluruh dalam Pengurusan IT UiTM.
f) Mendedahkan pengetahuan asas teknologi IT di UiTM dan di pasaran.

Persidangan yang telah dianjurkan sebelum ini adalah :

Kali Pertama : 3-5 Julai 1998 : UiTM in the Next Millenium - Reengineering, Teaching, Learning and Office Automation di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka

Kali Kedua : 13-15 Oktober 2000 : The Ideal Learning Environment For the Fourth Wave : Information Technology as a Change Enabler di Regency Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali Ketiga : 5-7 Oktober 2001 : In Pursuit of The Ideal Learning Environment – A People, Process, Technology Model di Gouman Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali Keempat : 4-6 Julai 2003 : ICT Mission in Action : Merging Expectations into Planned Actions di Regency Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali Kelima : 23-25 April 2008 : ICT Strategy Towards A World Class University : Delivering Excellence Through Managed Environment di Gouman Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali Keenam : 31 Mac - 2 April 2010 : Creative Transformation Through ICT Innovation di Selesa Beach  Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali ini kali Ketujuh, 14 - 17 Februari  2012 ,Tema  : Pengukuhan Struktur  Maklumat Berkualiti   di  PNB Ilham Resort,  Batu 10, Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus,  

Kali ini banyak membincangkan kepada  BPR  ( Business Prosess Reengineering )  seperti dalam Agenda/Program 







0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Sci/Tech - News

CrunchGear

TIME.com Top Business Stories